Hikmat Penurunan Al-Quran secara beransur-ansur oleh Nur Aisyatul husna bt md zaki  

Posted by izzuddin

assalamualaikum..
sekadar perkongsian buat semua teman-teman ..jika ada kekurangan dan kesalahan harap dimaafi...

Adakah anda semua pernah terfikir tentang mukjizat paling besar yang dianugerahkan oleh Yang Maha Berkuasa kepada nabi MUHAMMAD s.a.w ?

Mukjizat yang sy maksudkan disini ialah AL-QURAN yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan jibril...yang kekal hingga hari kiamat

Al-Quran adalah kalam Allah yang tertulis di Luh Mahfuz semenjak azali dan diturunkan ke baitul 'izzah di langit pertama,kemudian dibawa ke langit dunia,seterusnya diturunkan dan disampaikan kepada nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat jibril dalam bahasa arab sebagai mukjizat nabi Muhammad dan disampaikan kepada umat islam secara mutawatir dan dikira ibadat apabila membacanya.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa Al-Quran telah diturunkan secara 3 peringkat iaitu pertama sekaligus daripada Allah (s.w.t) ke Luh Mahfuz kedua dari Luh Mahfuz ke Baitul 'izzah juga secara sekaligus menurut pendapat Ibnu Abbas..dan ketiga kemudiannya diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w secara berperingkat-peringkat,beransur-ansur.

Pernahkah kita sebagai umat islam dan hambaNya berfikir mengapakah kitab suci Al-Quran diturunkan kepada nabi Muhammad secara beransur-ansur dan tidak sekaligus seperti mana Al-Quran diturunkan ke Luh Mahfuz dan Baitul 'izzah???

Disini sy mahu membicarakan tentang hikmat penurunan al –Quaran secar beransur-ansur. Menurut Al Khaudari tempoh menurunan Al-Quran adalah selama 22 tahun 2 bulan 22hari iaitu 17hb pada bulan ramadhan 41 tahun selepas kelahiran nabi Muhammad s.a.w sehingga 9hb tahun ke 10hijrah.
Antara hikmatnya ialah:

* Untuk memudahkan Baginda menghafal,memahami maksud serta kandungannya supaya meresap ke dalam jiwa dan tetap hati Baginda.Contohya sebagaimana turunya ayat 32 surah al-Furqan ekoran pertanyaan orang Yahudi kepada Baginda, mengapakah Al-Quran tidak diturunkan secara sekaligus seperti Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa.Oleh sebab itu turunlah ayat ini.

كَذَلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِ فُؤَادَكَ
Terjemahannya: Begitulah Keadaanya supaya Kami tetapkan hati engkau (wahai Muhammad) dengan al-Quran itu.........

* Supaya Baginda sentiasa bergembira serta terhibur dan merasakan hampir dengan Allah lantaran wahyu sentiasa turun kepada Baginda.Contohnya firman Allah surah Yassin ayat 76:

فَلَا يَحْزُنكَ قَوْلُهُمْ
Terjemahanya: Oleh kerana itu,janganlah engkau berdukacita dengan perkataan- perkataan mereka itu.

* . Sebagai senjata untuk menentang dan menandingi mereka yang tidak percaya bahawa Al-Quran itu wahyu daripada Allah.


* Memberikan kemudahan serta memudahkan baginda menyampaikan wahyu tersebut kepada umatnya kerana sebahagian besar dari bangsa arab pada waktu itu tidak pandai membaca dan menulis termasuk Baginda sendiri.

* Untuk membezakan pergurniaan kitab kepada nabi Muhammad dan rasul sebelumnya.Rasul sebelumnya dikurniakan kitab secara sekaligus.Contoh nabi Musa menerima kitab Taurat selepas baginda bermunajat kepada Allah selama 40 hari.


* Untuk menyesuaikan dan menjawab pertanyaan yang diajukan kepada baginda.Contonya memberikan jawapan kepada yang bertanya tentang anak bulan.Sebagaimana firman Allah surah al-Baqarah ayat 189:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الأهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجّ......

Terjemahanya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai(peredaran) anak-anak bulan.Katakalah “Peredaran anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu(urusan dan amalan) manusia,khasnya ibadat haji..............”

* Untuk meneguhkan dan menguatkan hati Baginda yang menghadapi tugas yang berat dan menempuhkan berbagai rintangan dalam berdakwah.Sebagaimana firman Allah surah al-Mai’dah ayat 67:

وَاللّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ.....….
Terjemahannya: ……dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia….


Kesimpulanya:
Apa yang sy dapat rumuskan disini ialah penurunan al-Quran secara beransur-ansur mempunyai banyak hikmatnya.Di sini sy hanya menyatakan sedikit sahaja hikmat tersebut mungkin ada banyak lagi hikmat-hikmat yang belum diketahui oleh kita sebagai umat islam dan hamba kepadaNYA.

Sekian terima kasih..Allahu ‘alam..